Selamat Datang
Sistem Permohonan Pembiayaan
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)
Mengenai Kami
Visi
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan komuniti nelayan dan pembangunan industri perikanan.
Misi
Meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan dan kesejahteraan negeri melalui amalan perikanan yang lestari.
Skim Pembiayaan Kami
Pelbagai skim pembiayaan tersedia untuk membantu pembangunan nelayan dan perikanan di Sabah.

i-NELAYAN
Bantuan pembiayaan dalam bentuk peralatan perikanan tangkap untuk nelayan artisanal di Sabah. Termasuk enjin, perahu, pukat, GPS dan lain-lain.

i-HILIRAN
Kemudahan pembiayaan untuk pemprosesan produk hiliran perikanan. Termasuk modal pusingan, peralatan pemprosesan, bilik sejuk dan pembinaan premis.

i-AKUAKULTUR
Bantuan pembiayaan untuk perusahaan akuakultur melalui modal pusingan, peralatan ternakan dan khidmat nasihat teknikal.

i-USAHAWAN
Program untuk menaiktaraf perusahaan mikro kepada skala besar. Termasuk modal pusingan, peralatan, penjenamaan jenama dan latihan keusahawanan.
Perkhidmatan Digital
Permohonan Pembiayaan Baru
Mohon pembiayaan baru untuk pembangunan perusahaan perikanan anda. Jawab beberapa soalan ringkas dan kami akan cadangkan skim terbaik.
Semak Permohonan
Semak status permohonan pembiayaan anda secara dalam talian. Pantau kemajuan permohonan dengan mudah.
Latihan KATC
Program latihan kemahiran di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC). Pensijilan SKM, kursus upskilling dan latihan keusahawanan.
Jom Mula Bersama Kami Mohon Pembiayaan
Pelbagai pembiayaan dan program tersedia untuk membantu membangunkan perikanan dan nelayan di Sabah.